DAH READY KE NAK KAWIN?

| Thursday, June 19, 2008

So aderla satu hari tu, members aku satu ni tepon nak jemput aku ke
majlis dia...

Aku pon tanya ler.. "Amacam geng, semua dah siap?"

Dia cakap "Parah beb, gua kayap siak ni bulan... 20 ribu dah abis
siot.."

HAAA?!? 20 RIBU?!?!

Mak oi.. Hidop kat kolumpo nie memang ler mahal and kekadang tu
pasangan tak jadi kahwin pasal duit tak cukop ataupon duit yang ade tu
diorang tak bleh agree nak digunakan untuk apa. Maknernyer, diorang
plan nak buat majlis kan , abih tak boleh agree with each other, so
they bergaduh & bertekak & salahkan mak bapak each other and at last,
tak jadi kahwin.... Al kisahhh...

Tapi kan , aku heran tau.. pasangan sekarang lebih stress memikirkan
majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup
bersamer selepas nikah. Heran eh??

Diorang ingat lepas kawin life stops there ke??
Hmm.. ok, that's a different story..

So getting back pasal duit nie kan, tak ikut market price nanti orang
kata kedekutlah, sengkek lah, tak mampu jangan ada hati nak kahwin
lah, akak kau peh laki la, hai…macam-macam story lagi. Biasanyakan,
yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak confirm mesti orait..
ikutkan aje. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga, lepas
tu pakat dengan mak, revenue sharing 50/50.
Hurhurhur...

Mengikut survey kedai kopi, sekarang hantaran paling minimum ialah
RM7000. Maximum sampai RM25,000 pon ade.
Dasyat beb.. Dah lah idup kat kolumpo ni mahal giler.
Macam mane couple tak bertekak.. Nak tahu apasal mahal?

Mengikut Survey Kedai Gunting Pak Mat , hantaran sekarang makin mahal
pasal;

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi sampai tingkat 20 3. Anak pompan paling
jambu dalam family 4. Anak pompan kerja lawyer/doctor/ CEO
AnakMelayu.com 5. Anak pompan biasa pakai barang branded 6. Anak
pompan yang pandai masak, kemas rumah, layan suami sampai suami takmo
gi kerja 7. Kakak belum kahwin; jadi kena sponsor kakak kawin jugak..
nanti lemau..
8. Anak pompan tu banyak yang melamar, semuanya hensem-hemsen + kaya

Mengikut survey Kedai Basikal Chai Chee, selalunya jawapan yang diberi
oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat ialah;

1. Bapak Rock - "Lu giler ka pa beb"
2. Bapak Mithali -?"Astarghfirullah. ."
3. Bapak Bintang TV - "TTIIDDDAAAAKKKKKK! !!!!!"
4. Bapak Gangster/Tailong - "Masih virgin ke tak ni lu peh girl, macam
wa pernah nampak jer.."
5. Bapak Bisnesman - "We're sorry but the returns of our investment is
definitely less than 20%..."
6. Bapak Lembik - "mahal la.macam mane nie daling?" sambil membisik
kat isterinya...
7. Bapak Garang - "APAAAA?!?! AAPPAAAA??!! CUBA KAU CAKAP LAGI
SEKALI!!!??"
8. Bapak Gerek - "HAHAHA! Lupakan sudah... Takpe Roy, nanti bapak
recommend yang lebih power dari Ashwarya Rai eh?"


Mengikut survey Warung Nasi Lemak Mak mianh , kata2 dari sebelah
pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar ialah;

1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Makcik
ngan pakcik kau nie tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu
bayar pelan- pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je.
Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal makcik kau ngan pakcik kau nie suka sangat kat kau, kita
ikhlas..."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak
pompan kitaorang ramai lagi."

Mengikut survey Mat Despatch Gathering , kalau kena pulak family
lelaki yang loaded makan tak abis punya;
jawapannya:-

1. "Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Ditanggung beresss."
2. "Ehh sikit no! Camni tak nak lah. Malu la kawin hantaran $10,000.
Kami OKB tau!"
3. "Brape? Gitu je?"
4. "Dahling, amikkan chek book abang tu.. "
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta 5
bijik.
Tu anak bujang kita tengah parking semua kat bawah tu."

6. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta 5
bijik, 3 bijik TV LCD 50 inci, 2 tiket penerbangan ke..."

Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Hati dah suka
punya pasal, semua boleh aje. Cukup time tak larat nak naik pelamin
pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu.. yg
terpaksa amik personal loan la, 0% installment Bank la, atau pakai
credit card. Honeymoon pon utang.. Lepas kawin, dah balik dari
honeymoon, kepala teros sewel, pikir nak bayar hutang and at the end
of it, tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin
memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah.

So amacam geng, dah ready nak kawin?

4 comments:

wallpapersdeco said...

hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relatives interested, visit my blog! thanks

JUJUL said...

you're funny..
hmm agreed dengan apa yg u tulis...

soffee said...

ready!!! bila nak masuk minang???

Anonymous said...

cam betul gak la kan...
ikut rega petrol kot..
sok2 turun la tue..
kekekke..

Add My Facebook